JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Op Khas Hari Raya Aidiladha mulai hari ini hingga Rabu depan bagi memastikan kelancaran dan kes...


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Op Khas Hari Raya Aidiladha mulai hari ini hingga Rabu depan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata dalam operasi itu, pihaknya memberi lebih fokus kepada pemandu bas ekspres dan penguatkuasaan terhadap sembilan kesalahan utama antaranya memandu laju, tidak menggunakan tali pinggang keledar serta membawa muatan berbahaya.

"Pemantauan terhadap pemandu bas ekspres akan dilakukan di 28 terminal bas utama di seluruh negara melalui kaedah penyamaran sebagai penumpang dan pemantauan di lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya," katanya pada sidang media operasi itu di Plaza Tol Sungai Besi malam ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh operasi itu juga, JPJ akan menyita kenderaan dipandu oleh individu yang tidak memiliki lesen memandu atau lesen memandu mereka telah tamat tempoh.

"Kenderaan yang telah tamat cukai jalan juga akan disita dalam op ini," katanya.

Aedy Fadly juga menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang kesalahan jalan raya melalui aplikasi JPJ e-ADUAN@JPJ yang dilancarkan pada April lepas.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan semasa pulang ke kampung supaya selamat sampai ke destinasi.

Mengulas operasi di Plaza Tol Sungai Besi, Aedy Fadly berkata setakat 10 malam, sebanyak 330 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dan sembilan kenderaan melibatkan lima motosikal manakala empat kereta disita kerana cukai jalan tamat tempoh serta pemandu tidak memiliki lesen.

"Dalam operasi ini juga, dua lelaki berusia 30-an ditahan kerana positif dadah," katanya. - BERNAMA

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,20,NASIONAL,12,PELANCONGAN,7,POLITIK,26,SEJARAH,2,SEMASA,15,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhik4oJP3xoYCvULTfaAcMJ2PUtqOjukeD5zt9Q5Nsa0oA-4oSAK8F-xL7LVR28podQ5lmB88QpJga3m-0drUJTr44s5qoZxL2vz252KDOmgzoL8MQWodL54C2fCCND-2I3DnTNQHFlPtGYsHFOaaPP_crZA_x9uefzNh7WGRddDmJMEbcitbC83fv8/s1600/jpjjj.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhik4oJP3xoYCvULTfaAcMJ2PUtqOjukeD5zt9Q5Nsa0oA-4oSAK8F-xL7LVR28podQ5lmB88QpJga3m-0drUJTr44s5qoZxL2vz252KDOmgzoL8MQWodL54C2fCCND-2I3DnTNQHFlPtGYsHFOaaPP_crZA_x9uefzNh7WGRddDmJMEbcitbC83fv8/s72-c/jpjjj.jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/07/jpj-lancar-op-khas-hari-raya-aidiladha.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/07/jpj-lancar-op-khas-hari-raya-aidiladha.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content