Pengerusi JPKK Durian Bador, A Latif Ahmad dan Pengerusi JPKK Padang Setar, Che Mustafa Che Muda mengaku telah menarik balik bantahan terh...
Pengerusi JPKK Durian Bador, A Latif Ahmad dan Pengerusi JPKK Padang Setar, Che Mustafa Che Muda mengaku telah menarik balik bantahan terhadap senarai peserta rancangan tanah Felcra Kuala Embong 1 dan 2 di Mukim Tersat, Hulu Terengganu.
Keputusan penarikan itu dibuat Jun lalu selepas mereka dipujuk dan masing-masing dijanjikan satu lot tanah pertanian di kawasan Felcra Kuala Embong oleh Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu.
"Kita ni ikut Penyelaras (Mohd Safari) jer. Penyelaras kata gitu, janji nak bagi ser (satu lot tanah) ke (kepada) Padang Setar, ke Durian Bador ser. Jadi, saya beri lah (tarik balik).
"Saya (sebenarnya) nak marah juga. Dia (Mohd Safari) nok bagi nape-nape dok kabor sepatoh ke kita," kata Che Mustafa dalam rakaman tersebut.
Sementara itu, A Latif mengaku Mohd Safari telah meminta salinan kad pengenalan anaknya untuk dimasukkan sebagai senarai peserta rancangan tanah tersebut.
"Dia ada minta fotostat IC (salinan kad pengenalan) anak aku ser.
"Tapi, aku tarik balik (bantahan) jangan kata aku setuju. Cuma aku tarik balik, aku jaga imej kerajaan negeri
"Tapi, aku terkilannya sebab anak mukim kami tidak boleh. Pasal apa Sekayu boleh 11 orang, Padang Setar tak dok sorang, Durian Bador tak dok sorang," jelas A Latif dalam rakaman itu. Menurut rekod, bantahan itu telah dibuat kepada kepada Kerajaan Terengganu melalui Exco kerajaan negeri, YB Dr Mamad Puteh dan Pegawai Penyelaras DUN Telemong dalam satu surat bertarikh 28 Mac 2021.
Bantahan itu pada peringkat awalnya turut dipersetujui A Latif dan Che Mustafa yang mewakili penduduk dan peneroka kawasan berkenaan.
Namun, pendirian kedua-dua Pengerusi JPKK itu telah berubah daripada 'tidak setuju' kepada 'setuju' selepas dijanjikan 'sesuatu' daripada Pegawai Penyelaras DUN Telemong. TERENGGANU COVERAGE
COMMENTS