MUHYIDDIN TERDESAK, MENIPU PERJANJIAN LANTIKAN TPM DENGAN ISMAIL SABRI

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap menipu berkenaan perjanjian yang ada antara Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri D...


Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap menipu berkenaan perjanjian yang ada antara Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sebenarnya ia tidak wujud.


Selepas orang yang mula-mula mengeluarkan kenyataan tentangnya iaitu Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, tidak ada orang lain yang turut menyokong termeterainya perjanjian itu hanya Wan Saiful sahaja.

Walaupun semalam, beliau kata Tan Sri Annuar Musa merupakan saksi perjanjan berkenaan, tuan empunya badan sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan sudah keluar kenyataan menidakkan perkara itu bahawa ada wujudnya satu perjanjian berhubung jawatan lantikan Timbalan Perdana Menteri.

Pemerhati politik ramai yang bertanya, kalau ada wujud perjanjian yang dikatakan sebelum Ahli Parlimen Bera itu dilantik jadi Perdana Menteri, kenapa ia baru dibangkitkan sekarang.

Jika ada perjanjian seperti yang didakwa sudah pasti ia mesti di dalam pengetahuan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Shahril dan Ismail Sabri kedua-duanya adalah ahli MKT.

Kalau ikut logik, jika namanya perjanjian, lepas pelantikan Ismail Sabri sudah tentu Timbalan Perdana Menteri daripada mana-mana parti akan dilantik segera dan tak tunggu lama. Sekarang pentadbiran Ismail Sabri sudah berjalan lama baru kali ini Bersatu hendak tuntut.

Lagi satu, wakil dalam PN sendiri sudah kata tidak ada perjanjian sedemikian.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang terang-terang berada dalam PN bersam Bersatu menegaskan tidak wujud perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya perkara itu ada dibincangkan antara Ismail Sabri dan PN tetapi tidak ada sebarang keputusan yang dibuat.

Mereka sudah sepakat sebelum ini untuk tubuhkan kerajaan yang tidak ada Timbalan Perdana Menteri.

Selain individu-individu berkenaan tidak ada lagi wakil dari PN mahu pun BN yang menyebut tentang perkara itu atau mengakui wujudnya perjanjian berkenaan.

Sebelum ini, ada permintaan supaya Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mendedahkan terma yang ada dalam perjanjian berkenaan. Bukan hanya tuntut tapi tiada asas kukuh dan mahu jawatan berkenaan.

Kalau tiada bukti dan asas yang benar, sudah pasti Muhyiddin menipu dalam hal berkaitan perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana itu yang menurutnya mesti dari parti Bersatu.


COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: MUHYIDDIN TERDESAK, MENIPU PERJANJIAN LANTIKAN TPM DENGAN ISMAIL SABRI
MUHYIDDIN TERDESAK, MENIPU PERJANJIAN LANTIKAN TPM DENGAN ISMAIL SABRI
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaQmIq_wCgL3YXC9fvmQNtd0MZJeqjFPzZ7rJ-L1ot-l_6OdeeyfWUIhLat5gDSglHqn2JawEVL2H7n5CP64nW3XP_2cG-cdKclxxeffASq_jT0yPaDReDFNDJUYhYrwhLY3I_BLdX97CHErH38J_GA5vJYEzNJ1atsVXNW0N-2HRMNoJQf3wWUKfy/s320/dinpagoh.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaQmIq_wCgL3YXC9fvmQNtd0MZJeqjFPzZ7rJ-L1ot-l_6OdeeyfWUIhLat5gDSglHqn2JawEVL2H7n5CP64nW3XP_2cG-cdKclxxeffASq_jT0yPaDReDFNDJUYhYrwhLY3I_BLdX97CHErH38J_GA5vJYEzNJ1atsVXNW0N-2HRMNoJQf3wWUKfy/s72-c/dinpagoh.jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/07/muhyiddin-terdesak-menipu-perjanjian.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/07/muhyiddin-terdesak-menipu-perjanjian.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content