RAMPAS MINYAK BERSUBSIDI DARI MAKCIK GORENG PISANG NANTI DIKATA ZALIM – ISMAIL SABRI

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kerajaan sedang mengambil langkah mengawal minyak masak bersubsidi yang ...


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kerajaan sedang mengambil langkah mengawal minyak masak bersubsidi yang di Malaysia.

“Kerajaan sedang merangka subsidi bersasar. Pada masa yang sama mencari mekanisma yang sesuai agar tidak berlaku ketirisan dan keciciran,” katanya semasa Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama, beliau memperakui minyak masak banyak diselewengkan. Tambahnya, faktor harga minyak masak bersubsidi yang rendah menjadi tarikan kepada penyeludup untuk menjual komoditi tersebut di negara jiran pada harga yang tinggi.

Jelas Ismail Sabri, kerajaan sedang mengambil tindakan bagi mengawal isu penyeludupan minyak.

“Kita sedang mengambil tindakan termasuk melakukan audit dengan pengilang dan pembekal minyak masak,” ujar beliau.

Tambahnya, usaha untuk membanteras penyeludupan minyak masak bukan sahaja pada penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) tetapi turut melibatkan pasukan polis dan tentera.

“Polis dan tentera akan terlibat dari segi pengawalan di sempadan bagi memastikan minyak masak bersubsidi tidak tembus ke negara luar,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyatakan usaha membanteras penyelewengan minyak dalam negara agak sukar ditangani atas sebab praktikal.

“Kita bercakap soal praktikal. Minyak masak paket untuk kegunaan tetapi pengusaha-pengusaha restoran besar menggunakannya,

“Satu lagi yang agak sukar untuk dikawal. Kalau Yang Berhormat pun tak sampai hati nak ambil tindakan (terhadap) makcik-makcik menjual goreng pisang,

“Mereka tidak boleh guna minyak masak paket ini untuk tujuan komersil, ini adalah salah. Tetapi adakah penguatkuasa nak saman atau rampas minyak masak yang digunakan makcik-makcik ini,

“Nanti kita dituduh zalim terhadap rakyat yang miskin mahu berniaga. Jadi bukan sesuatu yang mudah seperti ABC untuk melakukan kawalan kerana masih perkara perlu dipertimbangkan,

“Kerajaan tidak berdiam diri, Perdana Menteri tidak boleh dikatakan tak lakukan apa-apa tindakan,

“Insya Allah kita akan lakukan terbaik untuk semua,” kata Ismail Sabri ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan tidak menarik balik subsidi minyak masa secara keseluruhan. Menurut beliau, subsidi yang dihentikan adalah subsidi minyak masak berbotol.

“Kita tidak tarik minyak masak secara keseluruhan. (Subsidi) Minyak masak kegunaan rumah (paket) masih kekalkan,

“Yang tidak diteruskan adalah subsidi minyak masak dalam botol,” katanya.

Jelasnya, subsidi minyak masak berbotol telah diperkenalkan oleh kerajaan pada Ogos 2021 untuk selama 3 bulan. Namun begitu, ia diteruskan kerana kegiatan ekonomi tidak dibuka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuat kuasa.

“Oleh kerana kegiatan ekonomi tidak dibuka pada ketika itu, kita teruskan subsidi minyak berbotol,

“Namun, pada April 2022, kita telah membuka semula ekonomi dan tidak ada keperluan subsidi minyak masak berbotol untuk diteruskan,

“Tetapi, untuk kegunaan rakyat, subsidi minyak masak berpaket masih diteruskan sebanyak RM4 bilion,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan harga minyak masak subsidi 1 kilogram adalah berharga RM2.50 berbanding kuantiti yang sama tidak disubsidi iaitu sebanyak RM9.

“Harga minyak masak tidak bersubsidi adalah RM9,” ujar beliau.

Jelasnya, perbezaan harga yang ketara ini telah menyebabkan berlakunya penyelewengan.



COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: RAMPAS MINYAK BERSUBSIDI DARI MAKCIK GORENG PISANG NANTI DIKATA ZALIM – ISMAIL SABRI
RAMPAS MINYAK BERSUBSIDI DARI MAKCIK GORENG PISANG NANTI DIKATA ZALIM – ISMAIL SABRI
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9m3v7jWFcjKn0lMhCWBAWUX3dGCg94uZtWG9jt5HSW-tVaU_mJwhkFN1K8M30WbsDWpmBaU2PYKUv7uLkO4tbFHQKj9KyYLKtdJuxKbnujbaZWumLibDV5INpU7_nC-Fv8PUuf5dCO_VjUVBYEJegDQDDnjGQuVJmo2ryKlp9ceiprGkUWrA89Uko/w400-h233/download%20(1).jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9m3v7jWFcjKn0lMhCWBAWUX3dGCg94uZtWG9jt5HSW-tVaU_mJwhkFN1K8M30WbsDWpmBaU2PYKUv7uLkO4tbFHQKj9KyYLKtdJuxKbnujbaZWumLibDV5INpU7_nC-Fv8PUuf5dCO_VjUVBYEJegDQDDnjGQuVJmo2ryKlp9ceiprGkUWrA89Uko/s72-w400-c-h233/download%20(1).jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/07/rampas-minyak-bersubsidi-dari-makcik.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/07/rampas-minyak-bersubsidi-dari-makcik.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content