Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir - MB Kedah

Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan...


Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini, Isnin lepas.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesimpulan itu berdasarkan tinjauan udara yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam di kawasan gunung itu yang turut mendapati tiada pecahan takungan air seperti yang didakwa.

“Saya berpeluang menaiki helikopter PDRM untuk meninjau kawasan bencana dan dapat melihat secara menyeluruh laluan aliran air yang berpunca dari Gunung Inas sehingga kawasan bencana dan Pekan Kupang.

"Pemerhatian mata kasar dari udara, saya dapati air terkumpul begitu banyak dalam satu masa dan terdapat berpuluh-puluh lorong yang terbentuk di Gunung Inas yang mengalir ke bawah di sudut cerun yang sangat curam dan menyebabkan air bergerak begitu laju di Lata Celak ini dalam tempoh serentak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi berkata pada tinjauan itu, beliau mendapati takungan yang dibina di kawasan tanaman Musang King masih ada, dan takungan tempat pengumpulan air untuk dipam masuk ke kolam berkenaan juga tidak pecah.

Muhammad Sanusi berkata pokok-pokok besar di sepanjang aliran air di gunung itu juga masih ada dan tidak ditebang sewaktu ladang hutan tanaman durian Musang King dibangunkan.

Justeru beliau berkata kesimpulan pada masa ini sebelum mendapat laporan daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ialah aliran air bergerak begitu laju di cerun yang curam daripada sumber air yang terlalu banyak dan bercantum menjadi satu di aliran Lata Celak yang mengalir ke Sungai Kupang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras. - BERNAMA

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir - MB Kedah
Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir - MB Kedah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjj4T16RHi0-9DCK3y3xqJcVhqsRYjsrK2aJnkN7-BOKoqJTmURAi8QDHkUQdpB6dp-5a7cDErC-4S5Qg1WzguuJ-2XUJiA7c7GTxpssTOA-E_k8LF9yRQmvWjyM6WHQIT086Nv8EwN_R25nLRKZ_Nof5H7QulVHzoSRabCcaR3mIZLLsGFsY17JWw/s320/jsanu.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjj4T16RHi0-9DCK3y3xqJcVhqsRYjsrK2aJnkN7-BOKoqJTmURAi8QDHkUQdpB6dp-5a7cDErC-4S5Qg1WzguuJ-2XUJiA7c7GTxpssTOA-E_k8LF9yRQmvWjyM6WHQIT086Nv8EwN_R25nLRKZ_Nof5H7QulVHzoSRabCcaR3mIZLLsGFsY17JWw/s72-c/jsanu.jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/07/sumber-air-terkumpul-di-gunung-inas.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/07/sumber-air-terkumpul-di-gunung-inas.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content