Pas khianati Muafakat Nasional, bukan UMNO

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tidak pernah mengkhianati Muafakat Nasional Malah beliau berkata, UMNO tidak p...


Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO tidak pernah mengkhianati Muafakat Nasional

Malah beliau berkata, UMNO tidak pernah membelakangkan Pas dalam membuat sekarang keputusan berkaitan kerjasama politik.

BERIKUT diperincikan kronologi berfakta berpandukan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) bagi menyangkal tuduhan bahawa UMNO mengkhianati Piagam Muafakat Nasional:

Setiap keputusan besar politik dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Dalam Piagam Muafakat Nasional tidak disebut secara khusus bahawa MN dikhaskan hanya kepada parti-parti politik tertentu, namun haruslah selaras dengan aspirasi yang dibawa oleh kedua-dua parti teras yang membentuknya iaitu UMNO dan PAS.

UMNO menyatakan pendirian tidak bersetuju untuk Perikatan Nasional didaftarkan sebagai parti politik apabila idea tersebut kali pertama dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada kepimpinan Biro Politik UMNO pada 1 Jun 2020 di kediaman beliau. Alasan UMNO, BN masih lagi relevan dan biarlah PN kekal sebagai satu kerjasama politik longgar 13 parti-parti yang membentuk kerajaan pada 1 Mac 2020.

UMNO membawa cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada 4 Jun 2020 dan menyatakan pendirian UMNO yang menolak cadangan tersebut. PAS bersetuju dan menyatakan pendirian yang sama dengan UMNO.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Induk MN pada 17 Jun 2020, sekali lagi isu pendaftaran PN ditimbulkan. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk MN merangkap Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan pendirian PAS masih kekal tidak bersetuju untuk menyertai Parti Perikatan Nasional sebagaimana UMNO dan menegaskan apa jua keputusan akan dibuat secara bersama.

Dalam mesyuarat yang sama pada 17 Jun itu juga telah disepakati bahawa MN juga tidak perlu didaftarkan sebagaimana PN. MN harus kekal sebagai gagasan permuafakatan dan penyatuan ummah melangkaui parti. Semua parti adalah sama rata kedudukannya.

Mesyuarat pada 8 Julai 2020, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi menegaskan bahawa “Kalau UMNO tidak setuju pendaftaran PN dan BERSATU tidak setuju pendaftaran MN, pandangan PAS kita tidak perlu daftar kedua-dua”.

Dalam minit mesyuarat juga Dr Asyraf Wajdi menyatakan pandangan balas terhadap cadangan Dr Zuhdi untuk mendaftarkan MN, “Saya cadang kita kekalkan MN sebagai satu gagasan atau etos dan konsep permuafakatan melangkaui parti. Untuk ia dijadikan parti perlu banyak masa itu. Lebih baik perkasakan dahulu MN”.

Mesyuarat pada 6 Ogos 2020 mencadangkan untuk menjemput PPBM secara rasmi untuk menyertai MN. Dicadangkan juga kedua-dua Presiden UMNO dan PAS mengutuskan surat rasmi jemputan kepada PPBM.



COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: Pas khianati Muafakat Nasional, bukan UMNO
Pas khianati Muafakat Nasional, bukan UMNO
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjhpwmHdZD5_m5kwUYEFruE9WhyJKmaLUCIbfdlbi5d4dH8uKXgHZBfZLePV7GIjhRjTven6VfD2TxzvVOgtfjHH3ZdIWKYN509XydxVEVgHX1IABS4CLqVojadhiuIxsi92i-LsyMAXO_Srw0M_YHbXHyoTigwaCT4_ztB5-6UvNtRx87Yeg1TWAK8=w400-h268
https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjhpwmHdZD5_m5kwUYEFruE9WhyJKmaLUCIbfdlbi5d4dH8uKXgHZBfZLePV7GIjhRjTven6VfD2TxzvVOgtfjHH3ZdIWKYN509XydxVEVgHX1IABS4CLqVojadhiuIxsi92i-LsyMAXO_Srw0M_YHbXHyoTigwaCT4_ztB5-6UvNtRx87Yeg1TWAK8=s72-w400-c-h268
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/08/pas-khianati-muafakat-nasional-bukan.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/08/pas-khianati-muafakat-nasional-bukan.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content