PH TERENGGANU BERTANDING SEMUA KERUSI DUN DAN PARLIMEN

KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan (PH) Terengganu mengumumkan untuk bertanding di kesemua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undanga...


KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan (PH) Terengganu mengumumkan untuk bertanding di kesemua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat di negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, keputusan meletakkan calon di semua kerusi itu dicapai dalam mesyuarat khas parti itu pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun menurutnya, pembahagian kerusi melibatkan parti komponen PH iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Mesyuarat telah berjalan dalam suasana penuh harmoni dan lancar memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan Terengganu telah bersedia untuk mengatur langkah terakhir menghadapi PRU15 ini.

“Hanya beberapa perkara kecil dan (agihan) kerusi sahaja yang perlu diselesaikan dalam waktu terdekat menjelang awal Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini pada Rabu.

Raja Kamarul Bahrin turut mengumumkan barisan kepimpinan PH Terengganu yang baharu dilantik iaitu Pengerusi PKR Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Hing sebagai Timbalan Pengerusi PH negeri.

Beliau yang merupakan Pengerusi Amanah Terengganu berkata, mesyuarat juga bersetuju melantik Datin Faizah Ariffin sebagai Ketua Wanita PH negeri manakala jawatan Ketua Pemuda PH Terengganu pula dipimpin oleh Zamir Ghazali.

“Mohd Hasbie Muda dipilih sebagai Pengarah Manifesto dan dengan kepimpinan baharu ini kami yakin akan dapat menjalinkan kerjasama lebih erat bersama parti komponen,” katanya. SH

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: PH TERENGGANU BERTANDING SEMUA KERUSI DUN DAN PARLIMEN
PH TERENGGANU BERTANDING SEMUA KERUSI DUN DAN PARLIMEN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMN4CQt9aOeXOrAuH8zSpKHvwSkZ5Tdb8yOJ9DCAXE2hOLJCKssD_8es4APiSCPOaCenSj97xI9BFZdEfhqqVEQQp2exl_TUdyPPZcwoYfobLNBGZEN4iB5T1Ukzs6-3lXbhRUEQ3bJAB-nmxUiQk5tR83Roc9YKc3Au7rQBLyqcRlZG4bajyPs7T5/w400-h266/RAJA-KAMARUL-BAHRIN-SHAH-RAJA-AHMAD-resize.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMN4CQt9aOeXOrAuH8zSpKHvwSkZ5Tdb8yOJ9DCAXE2hOLJCKssD_8es4APiSCPOaCenSj97xI9BFZdEfhqqVEQQp2exl_TUdyPPZcwoYfobLNBGZEN4iB5T1Ukzs6-3lXbhRUEQ3bJAB-nmxUiQk5tR83Roc9YKc3Au7rQBLyqcRlZG4bajyPs7T5/s72-w400-c-h266/RAJA-KAMARUL-BAHRIN-SHAH-RAJA-AHMAD-resize.jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/09/ph-terengganu-bertanding-semua-kerusi.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/09/ph-terengganu-bertanding-semua-kerusi.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content