PROJEK RM1.25 bilion SOLAR SARAWAK

Kerajaan PH amat sensitif apabila saya jawab propaganda mereka. Lebih-lebih lagi, kes ini sudah ada di Mahkamah kerana isteri saya sudah did...


Kerajaan PH amat sensitif apabila saya jawab propaganda mereka.

Lebih-lebih lagi, kes ini sudah ada di Mahkamah kerana isteri saya sudah didakwa.

Bagaimanapun, saya tidak didakwa untuk kes ini.

Oleh itu, saya hanya boleh menulis tentang apa yang sudah di dedahkan dalam laporan-laporan media yakni dah dalam public domain.

Sarawak merupakan satu kawasan yang besar. Hampir sama besar dengan semenanjung Malaysia.

Tapi jumlah penduduk di Sarawak hanya 2.8 juta orang. Lembah Klang sudah hampir 8 juta orang.

Oleh itu, ada banyak lokasi yang sangat terpencil di Sarawak.

Terpencil sehingga bekalan elektrik tidak sampai ke 369 buah sekolah.

Sekolah-sekolah ini bergantung kepada jenset elektrik yang menggunakan bahan api diesel.

Kalau nak hantar diesel ke sekolah-sekolah ini pun bukan satu tugas yang senang dan menelan kos yang tinggi.

Setiap sekolah memerlukan 5,000 liter hingga 15,000 liter diesel setiap bulan. Belum masuk kos penyelenggaraan jenset.

Masa dahulu, 31 buah syarikat diberi kontrak untuk membekalkan diesel dan meyelenggara jenset untuk 369 sekolah ini dengan jumlah kos RM22 juta sebulan atau RM264 juta setahun.

Pada Disember 2016, satu keputusan telah diambil untuk menamatkan kontrak untuk 31 syarikat ini.

Sebaliknya, tugas 31 syarikat ini diberi kepada satu dari 31 syarikat ini dengan satu perjanjian pada bulan Januari 2017.

https://www.theborneopost.com/2017/01/05/irresponsible-contractors-to-blame/#


Pada masa yang sama, syarikat ini juga diperlukan untuk mengganti jenset sedia ada dengan solar hybrid.


Tempoh yang diberi untuk mereka berbuat demikian untuk seluruh 369 sekolah ini adalah sehingga 5 tahun.

Selepas digantikan dengan solar hybrid, kos bulanan RM22 juta yang perlu ditanggung oleh kerajaan akan dikurangkan sebanyak 90%.

Bermaksud, projek ini akhirnya akan menguntungkan kerajaan. 

Ini bermaksud bahawa kos RM1.25 bilion yang disebut-sebut itu bukan hanya untuk solar tetapi juga untuk kos diesel dan jenset sepanjang tempoh projek.

Ada dua bahagian.

Wang yang telah dibayar pula adalah RM130 juta dari RM1.25 bilion. Itupun adalah untuk kerja membekal diesel dan penyelenggaraan jenset.

Satu sen pun belum dibayar untuk solar kerana syarikat itu belum bermula memasang solar.

https://www.malaysiakini.com/news/429219

Ya, memang benar pada awal bulam Mei 2018 iaitu masa PRU14, mereka belum memasang sebarang solar panel.

Tapi perlu ingat bahawa perjanjian mereka hanya ditandatangan pada Januari 2017 dan mereka diberi tempoh sehingga 5 tahun untuk berbuat demikian.


(Laporan terowong kos RM305 juta yang banyak telah dibayar tapi belum siap setelah 6 tahun, mereka tak cakap apa-apa pulak!)

Oleh itu, mereka tidak dibayar untuk kerja memasang solar dan hanya dibayar untuk kerja membekal diesel dan kerja jenset.

Wang sebanyak RM1.25 bilion itu bukan lesap atau telah disonglap seperti propaganda PH yang dipercayai ramai.

Belum dibayar pun. 

Itulah, jangan terlalu percaya propaganda mereka. Nanti tersalah percaya pula wang GST RM19.4 bilion telah dirompak.

Isteri saya telah didakwa menerima wang sebanyak RM1 juta secara terus dari syarikat yang diberi projek itu.

Walaupun kes ini belum mula dibicara dalam mahkamah tetapi oleh kerana ianya kes mahkamah ianya tidak senang untuk saya berbincang.

Tapi Sarawak Report (yang ramai penyokong PH percaya) telah melaporkan begini:

"Saidi also is understood to have supplied RM1 million that Rosmah presented to the families of victims of fire in a religious school last year and he has been photographed socialising with Rosmah’s key aide and spokesman Rizal Mansor."

http://www.sarawakreport.org/2018/06/najib-signed-off-hundreds-of-millions-on-scam-solar-project-for-sarawak-schools/

Ini merujukkan kepada tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

"Secara keseluruhannya, sumbangan bernilai RM1.6 juta daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-­Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia dan seorang individu yang tidak ingin dikenali telah disampaikan kepada waris mangsa dan pelajar-pelajar yang terselamat.�"


Boleh baca cerita penuh di sini:

https://www.projekmm.com/news/berita/2017/10/05/rosmah-anak-anak-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-dekat-di-hati-saya/1480583

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: PROJEK RM1.25 bilion SOLAR SARAWAK
PROJEK RM1.25 bilion SOLAR SARAWAK
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPVrvjfgAYqdON4QEe8_-ANlogvle50MwU8EzQ8fAZDjC2huNlvyo6HAke9Zdr4vHdl-qGyhqx5if6X8OaBwqpUP7Wlgcgo1KzQylLskWphiwN8dQZaepRnXqK6hvGzwUbkA5xPZFPjtGx8LHioKLzr9hdygy6esSQYXWWwcgx03qHI8HzloZ46WQO/s320/B790FE60-13F3-47D8-8DA4-054013EA1B8D.jpeg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPVrvjfgAYqdON4QEe8_-ANlogvle50MwU8EzQ8fAZDjC2huNlvyo6HAke9Zdr4vHdl-qGyhqx5if6X8OaBwqpUP7Wlgcgo1KzQylLskWphiwN8dQZaepRnXqK6hvGzwUbkA5xPZFPjtGx8LHioKLzr9hdygy6esSQYXWWwcgx03qHI8HzloZ46WQO/s72-c/B790FE60-13F3-47D8-8DA4-054013EA1B8D.jpeg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/09/projek-rm125-bilion-solar-sarawak.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/09/projek-rm125-bilion-solar-sarawak.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content