Tanah Lot 1077 yang sedang dalam kerja-kerja menimbus tanah asal di Kampung Bukit Kubang Jambu, Durian Burung PELBAGAI ALASAN yang diberikan...
![]() |
Tanah Lot 1077 yang sedang dalam kerja-kerja menimbus tanah asal di Kampung Bukit Kubang Jambu, Durian Burung |
PELBAGAI ALASAN yang diberikan oleh wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu YB Wan Sukairi Wan Abdullah apabila ditanya berkaitan hal tanah dan perumahan di kawasan tersebut dengan pelbagai helah serta dalih.
Menurut sumber, Awang Kenit yang ditemui di Pulau Rusa baru-baru ini menyatakan bahawa ADUN berkenaan berdolak dalih apabila ditanya berkaitan tanah dan rumah sepertimana diterima di kawasan-kawasan lain.
Awang berkata, di Dun Wakaf Mempelam ini TIADA satupun projek perumahan yang diusahakan oleh wakil rakyat dan kepimpinan PAS hari ini untuk memberi keselesaan kepada pengundi-pengundi PAS di kawasan tersebut sedangkan ianya boleh dilakukan dengan lebih baik lagi dari kerajaan sebelum ini memandangkan prinsip asas parti adalah untuk memperjuangkan islam dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Isu perumahan rakyat di kawasan wakaf mempelam ini sangat meruncing (kritikal) jika wakil rakyat dan kepimpinan PAS menusuli kehendak rakyat ketika ini.
Katanya kepada Awang, Wakaf Mempelam tidak mempunyai tanah untuk diberikan kepada rakyat khasnya kepada penyokong-penyokong PAS yang mana setia selama 50 tahun dahulu yang membolehkan PAS menjadi wakil rakyat sejak ianya dipertandingkan selama ini.
Desas desus yang berlegar beberapa bulan ini Awang berkata, terdapat sebidang tanah kerajaan di Kampung Bukit Kubang Jambu diatas Lot 1077 dimana lot besar itu telah dipecahkan kepada 12 lot ke 14 lot kecil dimana keluasan anggaran 578 meterpersegi setiap satu lot.
Tanah berkenaan sebenarnya tanah milik persendirian sebelum ini dan sudah berpuluh tahun pemilik tanah asal tidak membayar cukai tanah dan ianya telah menjadi milik kerajaan negeri.
Mengikut cerita orang lama kawasan berkenaan, pemilik asal tanah tersebut ingin mewakafkan tanah tersebut kepada masyarakat sekitar untuk dibangunkan dengan pelbagai infrasuktur bagi kegunaan masyarakat setempat dan tidak dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berwajib sebelum ini.
Apabila pemilik tanah tidak memaklumkan kepada pihak berwajib dan tiada surat menyurat (hitam/putih) penyerahan maka tanah tersebut dibiarkan dengan tidak berbayar hasil cukai tanah sekaligus berpuluh tahun dan menjadi milik kerajaan kini.
Semasa kerajaan BN mentadbir Terengganu sebelum PRU 14 lalu, tanah tersebut cuba diangkat untuk didirikan padang futsal dan juga dewan orang ramai bagi kemudahan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti bermasyarakat dikawasan tanah tersebut akan tetapi tidak mendapat kelulusan dan bajet yang diperlukan.
Hari ini dengan kuasa yang ada pada WAKIL RAKYAT PAS, tanah tersebut telah berjaya diangkat dan dipecahkan kepada lot-lot kecil serta ianya juga turut dibahagikan kepada kroni-kroninya dan bukan kepada rakyat yang memerlukan tanah hari ini.
Walaubagaimana pun, mereka yang bekerja kuat untuk memenangkan PAS di DUN Wakaf Mempelam hari ini hanya dapat melihat sahaja apabila keliebihan yang ada pada mereka diambil nikmatnya oleh wakil rakyat dan kroni sahaja.
Perjuang ahli-ahli PAS di cawangan-cawangan hanya sekadar untuk PAS dan pemimpinnya sahaja dan bukan untuk meraih nikmat kemanangan dan juga nikmat itu hanya untuk wakil rakyat serta kroni sahaja.
Ahli PAS bodoh semasa pilihanraya hanya diperlukan untuk memasang poster dan bendera sahaja, memanjat tiang-tiang letrik, memanjat pokok-pokok besar semata-mata untuk menaikkan panji-panji PAS demi kemenangan parti.
Hasilnya, tanah dan rumah hasil kemenangan PAS di Terengganu semua dibolot oleh wakil rakyat dan kepimpinan PAS sahaja. Ahli PAS tetap dibodohkan sepanjang masa?
COMMENTS