SEKITAR tahun 1960 ada seorang tua yang telah mewakafkan tanah miliknya di Kampung Bukit Kubang Jambu untuk didirikan Masjid atau pun Surau ...
SEKITAR tahun 1960 ada seorang tua yang telah mewakafkan tanah miliknya di Kampung Bukit Kubang Jambu untuk didirikan Masjid atau pun Surau serta bangunan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Pada ketika itu pemilik tanah hendak kembali ke negeri asal kelahirannnya di Negeri Sembilan dan menyatakan hasrat tersebut kepada orang kampung dan rakan sahabat bahawa niat beliau untuk mewakafkan tanah tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat.
Ketika itu juga, wasiat atau pesanan itu hanya lisan sahaja TIADA surat hitam dan putih menandakan ianya pemberian TANAH WAKAF kepada masyarakat setempat dan apabila tiada hitam dan putih penyataan itu ianya berlaku seperti hari ini yang telah menjadi milik mereka yang tidak beramanah.
Mereka tahu akan hal hukum hakam dalam agama islam akan tetapi masih sanggup membahagikan harta wakaf untuk kesenangan diri dan juga kroni-kroninya.
KENAPA mereka tidak selidiki dahulu prihal tanah berkenaan dengan orang-orang lama yang masih ada dan tahu akan prihal tanah berkenaan.
NANTIKAN PENDEDAHAN-nya...
COMMENTS