MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION?

  Tan Sri, cuba jawab ini terima kasih: MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION Semalam bekas ketua setiausaha sulit Tan Sri Muhyiddin cuba back up boss...

 


Tan Sri, cuba jawab ini terima kasih:


MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION


Semalam bekas ketua setiausaha sulit Tan Sri Muhyiddin cuba back up boss dia berkenaan perbelanjaan RM600 billion semasa PKP dan darurat. Namun hujahnya ke laut, samar-samar, dan memilih-milih fakta yang dicerita dan disorok.


Pertama, dia kata dia tidak tahu dari mana angka RM600 billion itu datang. Apa yang dia cuba sorok atau buat-buat tidak tahu ialah angka itu datang dari Muhyiddin sendiri ketika Muhyiddin adalah Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin berucap di hadapan masyarakat Sikh Malaysia pada bulan April 2021 dan berkata kerajaan sudah tidak ada duit, dan kerajaan sudah belanja lebih RM600 billion untuk “pakej-pakej rangsangan”.


Persoalannya, ke manakah duit RM600 billion ini pergi dan bagaimanakah ia dibelanjakan? Dan oleh kerana jumlah ini teramat besar, adakah perbelanjaannya itu telus dan tanpa ketirisan?


Bekas ketua setiausaha Muhyiddin itu kata RM447 bilion adalah dalam bentuk non-fiskal, iaitu bukan perbelanjaan kerajaan. Dan dia menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan seperti berikut:


1. Duit pengeluaran KWSP: RM145 bilion

2. Duit pengurangan bayaran KWSP: RM10 bilion

3. Moratorium pinjaman bank: RM180 bilion


Jumlah di atas adalah RM335 billion. Oleh itu mana pergi lagi RM265 billion?


Dia kata lagi ada perbelanjaan RM83 billion yang kononnya disalurkan terus kepada rakyat termasuk RM18 billion Bantuan Prihatin Nasional, dan Bantuan Prihatin Rakyat dan Subsidi Upah.


Yang lain dia tidak senaraikan. Dia ambil contoh sahaja katanya.


Tolak jumlah ini ada lagi RM182 billion yang dia tidak cakap pergi ke mana.


Dan masalahnya bukan ini sahaja. Masalahnya adalah bagaimana wang-wang di atas dibelanjakan semasa darurat yang tidak ada semak-imbang dan semasa Parlimen ditutup?


Contoh mudah ialah, saya dimaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Rakyat/Nasional berbillion-billion ringgit di atas adalah termasuk pemberian bakul-bakul makanan. Persoalannya berapa orang yang dapat bakul makanan ini? Dan berapakah nilai makanan yang rakyat dapat dalam bakul ini berbanding harga yang dicaj kepada kerajaan? Dan siapa yang dapat kontrak-kontrak pembekalan bakul-bakul ini? Adakah ia dibuat secara rundingan terus kepada kroni? dan berapa margin yang buat daripada berbillion-billion dana ini?


Persoalan-persoalan di atas juga adalah sama berkenaan perolehan-perolehan kerajaan dan kontrak-kontrak dan pembekalan barangan-barangan, peralatan dan perkhidmatan yang lain yang bernilai berbillion ringgit semasa darurat oleh pentadbiran Muhyiddin tanpa semak imbang dan semasa Parlimen digantung.


Ini perlu diperincikan untuk semak-imbang dan tadbir urus yang telus.


RM600 billion ini adalah perbelanjaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia dan ia dilakukan semasa Parlimen ditutup dan semasa darurat. Perbelanjaan sebesar ini tidak boleh disorok dibawah karpet dan berharap rakyat akan melupakannya. Jika kita serius untuk membendung rasuah dan meningkatkan tadbir urus yang baik dalam kerajaan, perbelanjaan RM600 billion semasa darurat ini perlu dilihat dengan lebih terperinci.


Dan seperkara lagi, kita tidak mahu sebahagian daripada wang berbillion di atas digunakan untuk parti-parti politik tertentu berbelanja besar untuk pilihanraya yang lepas dan menang melalui merasuah dan membayar pengundi. Jika mereka menang kerana mereka membayar pengundi dari duit yang diperoleh dari sumber-sumber haram seperti daripada komisyen atau rasuah kontrak-kontrak di atas, maka kemenangan di kawasan-kawasan tersebut adalah tidak berkat kerana ia diperoleh dari sumber yang haram dan rasuah. Jika mereka kata mereka bersih, mereka perlu bersedia untuk disiasat dan diaudit berkenaan hal ini dan mereka perlu memberikan perincian berkenaan kesemua perbelanjaan-perbelanjaan RM600 billion tersebut. 


Sebab itu saya bersetuju supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini. Dan satu audit dijalankan segera untuk melihat perbelanjaan-perbelanjaan di atas dengan lebih terperinci. 


Perkara-perkara di atas perlu dibentangkan di Parlimen untuk semak-imbang dan untuk pengetahuan rakyat jelata untuk membendung rasuah dan politik wang, dan untuk meningkatkan tadbir urus kewangan negara supaya menjadi lebih telus.


Salam,

Isham Jalil

5 Disember 2022


https://www.facebook.com/100044476781936/posts/704786237680596/?d=w&mibextid=qC1gEa

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION?
MUHYIDDIN DAN RM600 BILLION?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgOD7nILBjtktxBWchsW7-puAMxEY0-jxB27GiVamWCNS0YYKoM2A6fSkild7VJU1stW32YyKhHdXSG6Y4svd-EqeYshbA0QOOltWS7LJxWyEKsOp74VQgJp5FfaKVtMH4tK26nMN72Gc-K0-PSaVJu4_pxLksVwRi8GlFUS1jbSTcTtxSdylCoZ3E/s320/IMG-20221204-WA0029.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgOD7nILBjtktxBWchsW7-puAMxEY0-jxB27GiVamWCNS0YYKoM2A6fSkild7VJU1stW32YyKhHdXSG6Y4svd-EqeYshbA0QOOltWS7LJxWyEKsOp74VQgJp5FfaKVtMH4tK26nMN72Gc-K0-PSaVJu4_pxLksVwRi8GlFUS1jbSTcTtxSdylCoZ3E/s72-c/IMG-20221204-WA0029.jpg
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2022/12/muhyiddin-dan-rm600-billion.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2022/12/muhyiddin-dan-rm600-billion.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content