Semasa Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS menjadi Menteri Besar Terengganu tahun 1999-2004 selepas PAS menang PRU ke 10, tapak ...
Semasa Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS menjadi Menteri Besar Terengganu tahun 1999-2004 selepas PAS menang PRU ke 10, tapak tanah Mahkamah Lama yang kini dikenali sebagai Dataran Khairunisa diberi kepada Koinsaf pada 18/9/2002.
Koperasi milik PAS Terengganu yang mana Koinsaf ditubuh pada 29/12/2001 bagi tujuan me rompak harta-harta rakyat Terengganu ketika itu.
Pengerusi Koinsaf ketika itu, Roslin Abdul Rahman iaitu Bendahari PAS Kemaman. SU Politik MB, Haji Hadi masa itu, Hussin Ismail adalah Ahli Jawatankuasa Koinsaf.
Tanah kerajaan negeri itu, diberi kepada koperasi PAS dengan dengan bayaran premium RM340,000 ketika itu.
Tanah yang strategik di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu dan banyak keguanaan untuk pembangunan rakyat di masa depan.
Jadi, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kembali menerajui kerajaan negeri selepas PRU 11 iaitu bermula 2005 dan pada 2006 terpaksa ambil balik tanah tu.
Kerajaan negeri terpaksa bayar kepada Koinsaf sebanyak RM8,061,200 yang mana nilaian semasa tanah tersebut.
Dengan pembayaran tanah tersebut Koinsaf dan Pas Terengganu telah menerima keuntungan sekitar RM7 juta dengan pembiayaan tersebut.
Kini mereka kembali lagi dengan modus operandi yang sama dengan mengambil kembali tanah tersebut dan diberikan kepada Persatuan Khairunisa.
Rakyat makon bodoh dengan permainan Pas yang licik me rompak harta rakyat didalam Bandaraya Kuala Terengganu.
Sambungan SINI
COMMENTS