PRESIDEN PAS DERHAKA TITAH SULTAN TERENGGANU

PEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL KENYATAAN PRESIDEN PAS MEMPERTIKAIKAN TITAH YDPA. 7 Mac 2023 1. Pemuda AMANAH Terengganu kesal de...

PEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL KENYATAAN PRESIDEN PAS MEMPERTIKAIKAN TITAH YDPA.

7 Mac 2023

1. Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Tan Seri Abdul Hadi yang mempertikaikan titah Yang Di Pertuan Agong agar kestabilan kerajaan hari ini dikekalkan dan tidak mengulangi krisis politik dalam negara seperti sebelum ini.

2. Presiden PAS dilihat cukup gopoh pada kali ini, dalam usaha beliau untuk sekali lagi mengambil alih kerajaan melalui jalan pintu belakang. 

3. Hadi Awang juga dilihat tidak konsisten dalam memperjuangkan demokrasi dalam negara apabila cukup rakus untuk meruntuhkan kerajaan perpaduan hari ini. 

4. Hal ini dapat dilihat bila mana Hadi Awang sebelum ini, sewaktu pentadbiran Najib Razak, menegaskan untuk perubahan itu dilakukan melalui proses yang betul iaitu melalui jalan Pilihan Raya, bukan sebaliknya melalui proses digulingkan tanpa melibatkan majoriti rakyat. 

5. Apakah setelah merasai menjadi Duta Khas, Tan Seri Abdul Hadi sudah hilang ingatan mengenai perjuangan beliau sendiri? 

6. Pakatan Harapan pada september 2021 telah menandatangani MOU bersama kerajaan pimpinan Ismail Sabri, untuk tidak bertindak sebarang tindakan yang boleh menyebabkan politik negara kembali bergolak, dan usaha murni itu telah mendapat respon positif dari YDPA ketika itu. 

7. Hal ini membuktikan apa yang dimahukan oleh YDPA hanyalah kestabilan dalam negara baginda, namun malangnya dibalas dengan kenyataan angkuh oleh Presiden PAS mutakhir ini.

8. Hadi Awang sepatutnya lebih insaf, sebagai seorang pemimpin politik Islam, bukan bersifat gaya seorang yang gopoh dan rakus dalam mengejar kekuasaan.

9. Gelagat dan kelakuan Hadi Awang ini boleh dianggap mewakili PN yang boleh disimpulkan tidak mahu lahirnya sebuah negara yang stabil dan dihormati negara luar. Kesannya amat bahaya.

Zamir Ghazali 
Ketua Pemuda AMANAH 
Negeri Terengganu

COMMENTS

Nama

EKONOMI,8,HIBURAN,3,JENAYAH,28,NASIONAL,13,PELANCONGAN,7,POLITIK,35,SEJARAH,2,SEMASA,17,SUKAN,3,
ltr
item
Malaysia Now: PRESIDEN PAS DERHAKA TITAH SULTAN TERENGGANU
PRESIDEN PAS DERHAKA TITAH SULTAN TERENGGANU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCQWo2Fo3yydWioufxO5-3m7E9ZkDW743mAP9i_cCJaZRd3cUsnrXQL2hYfB-TPVz-yXt-hZSCmbVTYg_urP6N7d1eyOz9EzwBHsS6mR4H4N_1WyNsbkB8DvkghYHxewvP-hYygEsiCiQ/s1600/1678200778511265-0.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCQWo2Fo3yydWioufxO5-3m7E9ZkDW743mAP9i_cCJaZRd3cUsnrXQL2hYfB-TPVz-yXt-hZSCmbVTYg_urP6N7d1eyOz9EzwBHsS6mR4H4N_1WyNsbkB8DvkghYHxewvP-hYygEsiCiQ/s72-c/1678200778511265-0.png
Malaysia Now
https://www.malaysia-now.com/2023/03/presiden-pas-derhaka-titah-sultan.html
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/
https://www.malaysia-now.com/2023/03/presiden-pas-derhaka-titah-sultan.html
true
6790381998563311727
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content