Yang bui amanat, Hadi. Yang menentang amanat, Madey. Yang mati, orang kampung Memali. Kalau rakyat kebanyakan tanya pasal Memal...
Yang bui amanat, Hadi.
Yang menentang amanat, Madey.
Yang mati, orang kampung Memali. Kalau rakyat kebanyakan tanya pasal Memali sekarang akan di label penyambung lidah syaitan. Tanya soalan syaitan. Itu cara paling berkesan untuk seorang agamawan ‘membisukan’ marhaen.
Yang sekat peruntukan, bantuan, kemudahan untuk Kelantan, Madey. Politik dendam. Punishment policy. Awal 90an.
Hanya setelah Pak Lah, punishment terhadap Kelantan berhenti, diteruskan semasa Najib, Hadi sendiri dapat dana RM90j buat modal PRU14 dari Najib, bukan sahaja negeri, parti PAS sendiri dapat. Yang terbaru 1.7B untuk masalah air di Kelantan. Kelantan dianaktirikan hanya pada zaman Madey jadi presiden UMNO. Jelas.
Tanyalah abang-abang, kakak-kakak yang berusia 45 ke atas, yang bersekolah di Kelantan awal 90an, bantuan persekolahan, buku, banyak dinafikan untuk anak-anak ahli PAS. Ini jasa Madey kepada rakyat Kelantan. Tidak hairan kenapa orang PAS sangat ‘memusuhi’ orang UMNO di Kelantan. Kerana polisi menghukum di amalkan Madey.
Sekarang Madey di gelar penyelamat, di angkat darjat sebagai penyatu orang Melayu. Dosa sudah disucikan bersama hujan di stadium semalam.
Drama sandiwara Muhyidin dan Madey; sebelum ini Madey kata tak boleh bertentang mata dengan Muhyidin, kerana ‘keris’ yang Muhyidin tikam masih terlekat di belakang dia. Rupa-rupanya hanya sandiwara kerana takutkan pihak yang lain jadi PM. Sekarang sebab mimpi ngeri sudah jadi kenyataan, terpaksa hadap ‘old nemesis’. Terpaksa berlakon sudah insaf demi kebaikan orang Melayu.
COMMENTS