Pusat peranginan terkenal yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu, Strawberry Park, Kijal bakal berubah wajah menjadi sebuah resor...
Pusat peranginan terkenal yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu, Strawberry Park, Kijal bakal berubah wajah menjadi sebuah resort lima bintang selepas perjanjian membangunkan projek itu dimeterai.
Timbul persoalan, kenapa projek ini tiada di manifesto Pas untuk PRN15?
Projek bernilai RM250 juta itu akan dibangunkan oleh syarikat pembangunan hartanah dan hotel iaitu iKHASAS Land Sdn Bhd dan pengoperasian resort oleh Courtyard by Marriot.
Persoalan, Samsuri bukannya MB rasmi Terengganu ketika MoU ditandatangani sebaliknya beliau adalah “caretaker” sahaja. Sah atau sebaliknya perjanjian tersebut yang nampak tergesa-gesa.
Kerajaan negeri terdahulu untuk menjadikan resort itu juga sebagai institut jantung negara tidak berjaya dilaksanakan.
Kenapa tidak diteruskan memandangkan prospek ‘Pelancungan Kesihatan’ lebih baik untuk meletakkan Terengganu di mata dunia berbanding dengan hotel mewah?
Samsuri dan Hanafiah bersungguh dengan ‘projek terkejut’ ini, ada apa-apakah?
COMMENTS